Yeay, minggu balik! -->> macam budak form 1 jer.
Amacam Ramadhan korang antum semua?
Jadual Manhaj Ramadhan tu banyak pangkah ke right? Banyakkan right yer, tapi jujurlah..jangan main tanda pulak!
Allah swt berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)
Orang yang bertaqwa dijanjikan syurga oleh Allah:
“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)
“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Ali-Imran:133)
Jadi, pilihan di tangan kita. Samaada berusaha menjadi hamba bertaqwa atau tidak? Buatlah pilihan anda..
Seperti biasa, renungan pendek-pendek sahaja di blog ini. Tapi, renunglah dalam diri itu lama-lama, termasuk tauke blog ni. Okay?
2 comments:
ada sedikit kesilapan ejaan dekat sebelah atas yg dekat profile tu(bukan'an unic generation' tapi 'a unic generation') bunyi 'u' macam 'y'
terima kasih.
oh. dah ubah. thank you !
Post a Comment